¨ IMPLIKASI DARIPADA PERGAULAN BEBAS
Apabila
berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa sempadan, maka akan
berlakulah kesan- kesan yang bukan sahaja akan memberi impak kepada para remaja
tersebut tetapi juga kepada keluarga dan juga negara. Antara kesan pergaulan
bebas adalah :
INDIVIDU
Apabila pergaulan antara lelaki dan wanita tidak
dijaga, maksiat akan berlaku di antara mereka. Perkara ini kerana nafsu yang
terdapat di dalam diri lelaki dan wanita tidak dapat dibendung apabila batasan
pergaulan mereka tidak dijaga. Kita semua sedia maklum apabila duduk berdua
yang ketiga pastinya syaitan. Maka apabila sudah berdua dan syaitan menjadi
penghasut, nafsu tidak dapat dikawal maka akan terjadilah zina. Zina adalah
dosa besar yang tidak akan diampunkan Allah S. W. T selagi kita tidak
bertaubat. Dan apabila Allah S. W. T ingin menguji penzina itu dengan
menghidupkan benih lelaki dalam rahim perempuan itu maka akan mengandunglah
penzina perempuan itu. Apabila ujian yang amat berat ini tidak dapat ditanggung
oleh pasangan itu, maka akan terjadilah pembuangan bayi yang tersiar di dada-
dada akbar. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan daripada pergaulan yang bebas
tanpa mengenal batasan akan mencetuskan akibat yang besar kepada individu .
KELUARGA
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana
dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat
itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan
hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak
seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah
institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan
akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas
kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada
wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya
akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan
terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan
bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya
lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan
masalah-masalah yang lain.
MASYARAKAT
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada
masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak
dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat.
Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya
oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang
masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu
terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling
ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung
dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda,
berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka
akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di
hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam
masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan
antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan
meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan
remaja semakin meningkat.
NEGARA
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial
tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi
kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan
negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana
wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan
masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan
meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan
kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya
anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda
pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah
remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka
pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah
serong dan buruk
¨ Implikasi daripada budaya hedonisme
INDIVIDU
Akidah merupakan perkara tunjang
kepada seseorang muslim. Akidah yang mantap merupakan sumber kekuatan bagi
seseorang muslim dalam melakukan kegiatan dan melahirkan semangat berjuang yang
tinggi. ( al-Ghazali 2001 : 185) Ia boleh diiBaratkan sebagai akar tunjang yang
menjunam jaum ke dalam tanah bagi mengekalkan sebatang pokok sentiasa tegak
berdiri. Tanpa akidah, akan rosaklah nilai iman seseorang. Istilah hedonisme
berintikan sekularisme memang memencilkan soal akidah kerana jika wujud akidah
ia tidak dapat berkembang dengan bebasnya. Dalam hal ini, apabila seseorang
mengamalkan ideologi ini diBaratkan sebagai menolak ketauhidan dan sudah
pastilah akidah sebagai galang gantinya.
MASYARAKAT
Masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk hidup
mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, segala
kelengkapannya seperti perabot dan peralatan elektriknya mestilah yang serba
moden dan canggih. Kenderaan pula bukan sahaja dari jenama yang terkenal,
tetapi juga ia harus dilengkapi dengan pelbagai aksesori mutakhir yang
memperlihatkan kehebatan pemiliknya. Begitu juga dengan pakaian, harus dari
jenis yang berjenama dan bergaya dan kalau bersantai ataupun berhibur, harus
pula di tempat-tempat yang ada kelas. Pengaruh budaya hidup serupa inilah yang
menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk hidup mewah dan
bergaya inilah juga yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah
sejak kebelakangan ini.
NEGARA
Globalisasi menyebabkan dunia
menjadi semakin mengecil dan masyarakatnya menjadi saling bergantungan. Apa
yang berlaku di satu rantau mempunyai kesan di rantau lain. (Mohd Yusof 1996
:1) Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan, perkampungan dunia
dan langit terbuka. Faktor berlakunya globalisasi ialah ledakan teknologi
maklumat dan telekomunikasi yang tinggi dan canggih. Globalisasi boleh
meninggalkan kesan terhadap pemikiran dan gaya hidup. Globalisasi membolehkan
pemindahan nilai dan cara berfikir serta cara bertindak dari satu daerah ke
satu daerah dunia yang lain. Barat menggunakannya untuk memindahkan nilai
mereka dalam bidang falsafah, pemikiran, ekonomi kapitalis dan kebudayaan
hedonisme (pegangan hidup mementingkan keseronokan) secara serentak. (Pusat
Dakwah Islamiah Brunei 2005 : 40-42)
No comments:
Post a Comment