CARA MENGATASI




          v Cara mengatasi pergaulan bebas
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Sekali-sekala ibu bapa perlu menyiasat apakah yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada di luar rumah. Terangkan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar mengenai keburukan dan akibat pergaulan bebas menerusi kaunseling dan ceramah. Terangkan kepada mereka mengenai keburukan seks rambang dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seksual seperti AIDS.

Peranan yang patut dimainkan oleh seseorang individu itu dalam mencegah dan membanteras pergaulan adalah dengan memilih teman yang boleh diikuti dari segi akhlaknya. Apabila memilih teman, pastikanlah teman yang dipilih itu dapat membimbing kita dengan baik dan sentiasa mengingatkan kita tentang kebaikan dan keburukan apabila melakukan sesuatu perkara. Teman yang baik adalah teman yang mengajak ke arah amal makruf dan mencegah kita dari melakukan nahi mungkar.

Untuk membanteras pergaulan bebas daripada berleluasa di negara tercinta kita, Malaysia, masyarakat harus memainkan peranannya. Ini dapat kita lihat dalam seluruh perintah dalam Al- Quran yang ditujukan secara kolektif dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakan amal makruf dan nahi mungkar serta tuntutan- tuntutan fardhu kifayah yang lain. Masyarakat memainkan peranan dengan memberi nasihat kepada golongan remaja yang telah terjerumus dalam aktiviti pergaulan bebas atau yang ingin menceburkan diri dalam aktiviti ini juga. Masyarakat juga haruslah menjadi mata- mata kepada pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar norma- norma masyarakat kita. Masyarakat haruslah tampil ke hadapan dan berani menegakan kebenaran.




v Cara mengatasi budaya hedonisme

Setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan sakit tua dan mati, cuma masa yang diambil untuk menyembuhkan sesuatu penyakit mungkin mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Demikian juga dengan penyakit Hedonisme. Berikut merupakan langkah-langkah mengatasi perkara ini:
Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana didalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa kini. Jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah darirebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil.
Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Skop yang perlu dikaji: Mengapa agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian? Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.

Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan'kolot' oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat dan fahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Terangkan juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki danperempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya. contohnya tidak boleh berdua-duan dengan yang bukan muhrim mahupun bersentuh-sentuhan.

No comments:

Post a Comment