v Faktor berlakunya
pergaulan bebas
Walaupun
telah dinyatakan dengan jelas di dalam Al- Quran dan hadis tentang bagaimana
seseorang itu harus bergaul dengan kaum yang berlainan jantina dengannya, namun
masih berlakunya pergaulan bebas di negara Islam terutama Malaysia. Perkara ini
dapat kita lihat saban tahun melalui surat khabar dan media massa seperti
televisyen dan radio. Pergaulan secara bebas di antara lelaki dan wanita telah
menjadi perkara biasa dalam kehidupan kini. Soal maruah telah mereka tolak ke
tepi. Di antara berlakunya bergaulan bebas adalah disebabkan oleh:
Acapkali kita mendengar
tentang permasalahan ini apabila ditanya kepada para remaja bagaimana mereka
boleh terjebak dalam pergaulan bebas. Dan jawapan yang sering diberi adalah kurangnya
perhatian dan juga didikan agama daripada kedua ibu bapa mereka. Apabila
sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak
mereka, maka bermulalah di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan
bergaul bersama- sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka.
Maka apabila seseorang remaja perempuan berasakan rakan lelaki lebih memahami
hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara
bebas di antara remaja perempuan itu dan lelaki itu tanpa memikirkan soal
batasan dalam pergaulan mereka.Kurangnya didikan agama yang diberi oleh ibu
bapa kepada anak mereka juga menjadi punca berlakunya pergaulan bebas. Walaupun
remaja tersebut di hantar ke sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi
penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal
membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan.
Pengaruh rakan sebaya
juga menjadi faktor berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Para remaja yang
lemah imannya dan kurang cerdik akalnya akan mudah dipengaruhi oleh rakannya
yang mempunyai ahklak yang buruk. Apabila remaja tersebut mempunyai sifat
seperti di atas, memang tidak mustahil akan berlakunya pergaulan bebas dan
mempunyai akhlak yang buruk disebabkan tiadanya pegangan iman yang kukuh dan
juga tidak mahu dianggap kolot oleh rakannya yang lain.
Tambahan, media massa
memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan para remaja. Media massa
seperti televisyen yang menayangkan adegan pergaulan secara bebas menjadi
faktor pendorong para remaja terjebak dalam gejala pergaulan bebas.
3
v Faktor berlakunya budaya
hedonisme
Gejala hedonisme ini
bukan sahaja telah meresap di dalam jiwa golongan remaja bermula pada era
globalisasi bahkan, sejarah telah membuktikan bahawa gejala hedonisme telah
mula menjadi penyakit dalam masyarakat sejak dulu lagi. Ini dibuktikan dengan
sejarah keruntuhan Kerajaan Abbasiyah, Uthmaniyah dan Kesultanan Melaka di mana
pemerintahan dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai
mengantisipasi ancaman musuh.
Hedonisme yang semakin
hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan sikap remaja
itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam hidup dan
menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa kini
. Bagi mereka hidup dalam usia muda hanya sekali. Oleh sebab itu, mereka tidak
mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar segala
aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan.
Jelas sekali, remaja yang
berpengang dengan prinsip sebegini tidak mempunyai aspirasi dan perancangan
dalam hidup. Di samping itu, mereka tidak mengambil berat tentang erti buang
masa dan mengisi masa mereka dengan berhibur sepanjang masa. Selain membuang
masa, mereka juga mengikut cara Barat seratus peratus seperti pakaian, tingkah
laku dan kegiatan yang mereka lakukan.
Konflik diri yang melanda
diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi punca berlakunya hedonisme.
Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca
daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa
remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah
dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan
masalah mereka. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka
hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment