v PERGAULAN BEBAS
Dalam
dunia ini, Allah S. W. T telah menciptakan dua kaum yang berbeza jantina iaitu
lelaki dan perempuan. Dia juga telah menciptakan Syariat untuk mereka. Dalam
Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan yang berbeza di antara lelaki
dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Di dalam kehidupan ini, dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang melibatkan tugasan- tugasan sekolah ataupun
tugasan- tugasan kerja, pasti akan berlakunya pergaulan di antara lelaki dan perempuan
di dalam masyarakat kini.
Pergaulan
dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “ khalata
yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.
Melalui
konteks ini, pergaulan (ikhtilat) bermaksud bergaul atau bercampur di antara
lelaki dan perempuan ajnabi (yang dah kahwin) di satu tempat yang berlaku
interaksi dalam bentuk pandang- memandang atau perbuatan di antara seseorang
dengan seseorang yang lain. Hal ini bermakna ia berlaku antara tiga orang atau
lebih. Perkara ini berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri daripada dua orang
sahaja.
Walaubagaimanapun,
mengikut pandangan para ulama yang lain, ikhtilat merupakan terminologi yang
baru diperkenalkan dalam Islam dan membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai
dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa’ (pertemuan) atau musyarakah
(penyertaan) di antara lelaki dan wanita. Ia sepatutnya berbunyi batas
pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita.
1
v HEDONISME
Menurut Kamus
Dewan (2005), edisi ke empat, hedonisme adalah pegangan atau pandangan hidup
yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Fahaman ini lahir daripada
asas sekularisme yang menolak fahaman agama dalam kehidupan manusia. Hedonisme
berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud keseronokan atau kelazatan ialah
kebaikan. Anggapan awal fahaman ini adalah, manusia selalu mengejar kesenangan
dalam hidup baik jasmani ataupun rohani. Pencetus fahaman hedonisme ialah
Aristipos dan Epikuros yang menyatakan bahawa manusia melakukan aktiviti untuk
mencari kesenangan semata-mata. Kedua-dua pencetus fahaman ini mempunyai aliran
yang berbeza. Aristipos lebih menekankan kepada kesenangan zahir atau segala
yang berkaitan dengan keperluan jasad seperti makan,minum dan sebagainya.
Manakala Epikuros lebih menekankan kepada kesenangan rohani seperti bebas dari
perasaan takut, bahagia, tenang dan sentiasa gembira. Menurut Endri Susanto
(2008), walaupun kedua-dua pencetus fahaman ini mempunyai aliran yang berbeza,
namun kedua-dua fahaman ini menekankan kepada kesenangan atau kemewahan
semata-mata.
Kesimpulannya,
hedonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahawa kesenangan dan
kenikmatan material adalah tujuan utama hidup (wikipedia). Hakikatnya,
hedonisme yang menolak fahaman agama dalam kehidupan manusia telah melanggar dan
menentang ajaran Islam yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran. Islam
mengajar umatnya supaya berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa
beramal ibadah dalam kehidupan seharian, malangnya, fahaman ini yang pada
asalnya diamalkan oleh masyarakat Barat telah menguasai pemikiran umat Islam
hampir di seluruh pelusuk dunia. Fahaman ini juga telah meresap ke dalam jiwa
sahsiah hampir keseluruhan lapisan masyarakat di negara ini yang akhirnya
mengundang kepada pelbagai masalah sosial dan budaya negatif dalam kalangan
masyarakat.